Tuesday, February 22, 2011

Pameran Hari Kesedaran Bencana 2011 Dan Pelancaran Kempen "One Million Safe Schools And Hospitals" Dan "Making Cities Resilent- My City is Getting Ready"

      Pameran ini diadakan pada 18 hingga 20 Februari bertempat di Aras G, MITC, Ayer Keroh, Melaka dan dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri(MKN) dengan kerjasama United Nations International Strategies for Disaster Reduction (UNISDR) yang melibatkan tiga kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).  Sebanyak 36 booth pameran daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta mengadakan pameran.
    Seramai 32 pelajar dari kelas 4PA2 menyertai Pameran Hari Kesedaran Bencana 2011 iaitu pada 19 Februari 2011(Sabtu) jam 9 pagi hingga 1.00 petang.   Program ini dapat membangkitkan kesedaran persediaan menghadapi bencana alam dan kecintaan kepada alam sekitar.

0 si comel comments: