Thursday, March 31, 2011

Surat Makluman Program CafeCinta 2011

Program Cafe Cinta 2011 'Dirimu Permata Islam'  merupakan program di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia.

Sila rujuk surat di sini.

Program Menangani Masalah Disiplin

Program Menangani Masalah Disiplin dijalankan pada 30 Mac 2011(Rabu) jam 1.10 hingga 1.30 petang yang bertempat di Bilik Tayang, SMK Tun Mutahir, Melaka.  Program ini adalah anjuran Unit HEM dan Unit Bimbingan & Kaunseling.Seramai 40 pelajar telah menyertai program ini. Antara pengisian program adalah Ceramah disampaikan oleh Inspektor Azahar dan Sarjan Mejar Jalaludin.






Tuesday, March 29, 2011

Program Seminar Akademik Geografi PMR 2011

Program Seminar Akademik Geografi PMR 2011 telah dijalankan pada 29 Mac 2011 di Dewan SMK Tun Mutahir pada pukul 12 tengah hari.  Semua murid Tingkatan 3 terlibat dalam program ini.  Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Geografi.



 

Perjumpaan Program Permataku Sayang (Mentor Mentee) Dan Program Born To Read kali ke 3

Perjumpaan Program Permataku Sayang (Mento Mentee) dan Program Born To Read buat kali ke 3 telah diadakan pada 28 Mac 2011.  Program ini berjalan dengan lancar atas kerjasama semua guru dan murid yang terlibat.

Monday, March 28, 2011

Program Kepimpinan PRS Peringkat Negeri Melaka

Setiap sekolah hanya seorang pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab Bimbingan Dan Kaunseling /ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) terpilih untuk menyertai program ini yang sedang berjalan pada hari ini 28 Mac 2011(Isnin) dan akan berakhir pada 30 Mac 2011 (Rabu).  Program ini dijalankan di Pusat Motivasi Chabau, Asahan, Melaka.

Program Bina Insan Peringkat Negeri Melaka

Seramai 4 pelajar telah menyertai Program Bina Insan Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Mac 2011 di Pusat Kokurikulum, Lanchang, Merlimau Melaka.

Permohonan Online Kursus Perguruan Lepas Sijil SPM(KPLSPM)

Maklumat lebih lanjut..sila klik disini

Pameran Kerjaya dan Pengumuman Keputusan SPM 2010

Satu Pameran Kerjaya telah diadakan di astaka SMK Tun Mutahir pada 23 Mac 2011 sempena pengumuman keputusan SPM 2010.  Institut yang menyertai Pameran Kerjaya ini adalah seperti Kolej Universiti Islam Melaka, Kolej Unikop Melaka, Kolej Yayasan Melaka, Cosmopoint Melaka dan Standford College.   Dua orang murid berjaya mendapat straight A iaitu Chan Wan Teng (12 A) dan Siti Norsuliana Bt Noor Azri (9 A).





Friday, March 25, 2011

Ujian PERMATApintar UKM1

Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ yang mengukur kebolehan verbal melalui perbendaharaan kata dan penaakulan(reasoning) secara logikal.  Ujian ini berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui laman web.  Pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja yang boleh mengambil ujian ini.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil Ujian PERMATApintar UKM1, sila berhubung dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling.  

Sekian, terima kasih.

Monday, March 21, 2011

Minat Untuk Jadi Guru?有兴趣当老师?


Pelanjutan Tempoh Permohonan Dalam Talian Bagi Program Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melanjutkan tempoh permohonan dalam talian bagi program Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 sehingga 25 Mac 2011. Calon-calon boleh mengemaskini maklumat permohonan dalam talian tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 25 Mac 2011 jam 11.59 malam.

KURSUS PERGURUAN LEPAS SPM (KPLSPM) : PISMP, PPC, B-ed Tesl

Syarat Kelayakan

·         Warganegara Malaysia.
·         Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
·         Umur tidak melebihi 20 tahun
·         Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
·         Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut : 
-          Bahasa Melayu
-          Sejarah
-          Satu mata pelajaran yang lain serta;
-          Lulus Bahasa Inggeris
·         Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon


Ikatan Perjanjian

- 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan


Cara permohonan ialah menerusi laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (on-line application)

Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011



Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : 
     . Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)

B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara : 
     .  Fizik
     .  Kimia
     .  Biologi 
     .  Matematik
     .  Pendidikan Khas
     .  Bahasa Cina

C. Program Kembar Bahasa Perancis : 
     .  Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language 

D. Program Kembar Bahasa Jerman : 
     .  Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman di sini.


Sekian, terima kasih.

2011年大马教育文凭毕业生师范课程(KPLSPM)简介

教育部从2011年3月7日至21日进行招收2011年6月开课的大马教育文凭毕业生师范课程(KPLSPM)新学员。为了让有兴趣申请成为教师的华裔子弟对这项课程有初步的了解,教总特根据教育部网站的招生指南,整理KPLSPM课程简介,以作为申请者的参考资料。教总吁请有意申请KPLSPM课程的华裔子弟可以即日起到教育部的网站(www.moe.gov.my)获取更多有关课程的详情。 

欲知更多大马教育文凭毕业师范课程(KPLSPM)的申请条件、开办的课程件等,请点击这里

 

Thursday, March 17, 2011

Program Kecemerlangan 1 Malaysia PMR Dan SPM 2011

Sekitar Program Kecemerlangan 1 Malaysia PMR SPM siri 1 2011
Tarikh: 14-17 Mac 2011
Sasaran : SPM (Dewan Mutahir)
               PMR (Dewan Blok C)
Pada 14 Mac 2011(Isnin), program dimulakan dengan ceramah/aktiviti motivasi oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan di bantu oleh Guru Praktikal Bimbingan dan Kkaunseling dari UPM


Wednesday, March 16, 2011

Program Kecemerlangan 1 Malaysia PMR Dan SPM 14-17 Mac 2011

Ceramah Motivasi 15 Mac 2011(Selasa) dikendalikan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling





Tuesday, March 8, 2011

Kertas Cadangan Program Kecemerlangan 1 Malaysia PMR dan SPM Siri 1 Tahun 2011


Program Kecemerlangan 1 Malaysia PMR dan SPM Siri 1 Tahun 2011 akan dilaksanakan semasa Cuti Pertengahan Penggal 1.  Program ini diadakan adalan bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran teknik menjawab soalan peperiksaan sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran terbesar dalam kehidupan mereka sebagai pelajar iaitu peperiksaan PMR dan SPM.

Untuk maklumat lanjut, Klick di sini.

Monday, March 7, 2011

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
 
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
  • Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.
LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN
  • Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
  • Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
  • Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.
TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
 
Suasana / Tempat Belajar
  • Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya
Memilih Masa Yang Sesuai
  • Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
  • Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
  • Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
  • Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.
Pembelajaran Di Sekolah
  • Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.
Membaca, Memahami dan Menghafal
  • Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
  • Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
  • Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
Mengandungi semua maklumat penting
Bersih dan mudah dibaca
Terkumpul (di dalam fail/Buku Khas)
Ringkas dan padat

Kesungguhan Belajar
  • Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
  • Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
  • Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
  • Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
  • Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.
 
LUPAAN DAN INGATAN
Apakah sebabnya kita sering lupa ?
Kerana Gangguan
Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.
Tumpuan Perhatian
Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.
Faktor Masa
Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
Minat
Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
Pilihan
Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
Ulangan
Sentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
Assasiasi
Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
Tubi Belajar
Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-
1. Mendengar untuk pertama kali
2. Memahami
3. Menggunakannya
4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.
PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
 
 
UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan  nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan. Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
 
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T. 

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
  • Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
  • Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
  • Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
  • Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
  • Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
  • Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
  • Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
  •  
Selamat Menghadapi Ujian Berkala 1.Semoga Berjaya.