Sunday, April 24, 2011

Teknik Pembelajaran Peta Visual Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil

Teknik Pembelajaran Peta Visual Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 25 April 2011
Masa : 11 pagi
Tempat : SMK Tun Mutahir
Sasaran : 4 SS & 4 K1

Tuesday, April 19, 2011

Karnival Kerjaya Sains Dan Teknologi

Karnival Kerjaya Sains Dan Teknologi Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2011 akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 30 April 2011(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5 petang
Tempat : SK Tanjung Minyak
Tema :  Teknologi Unggul Penjana Produktiviti Negara

Sekolah kita akan menyertai pertandingan Melukis Poster(peringkat Daerah Melaka Tengah), Melukis Kain Rentang(peringkat Daerah Melaka Tengah), Sketsa Kerjaya(peringkat negeri) dan Eksplorasi Alam Kerjaya(peringkat negeri).




Untuk makluman, semua kategori pertandingan adalah di peringkat negeri kecuali Pertandingan Melukis Poster Kerjaya dan Melukis Kain Rentang Kerjaya yang akan dipertandingkan di peringkat Daerah.  Para pemenang di peringkat daerah akan dimaklumkan oleh Urusetia dan layak bertanding di peringkat negeri pada 30 April 2011 secara langsung. 



Dalam usaha menghasilkan kain rentang untuk Karnival Kerjaya Sains dan Teknologi

Melukis poster Karnival Sains dan Teknologi

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat Daerah Melaka Tengah akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 30 April 2011/Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang
Tempat : Melaka Mall


Sekolah kita akan menyertai pertandingan melukis poster(menengah rendah/menengah atas) dan pertandingan mendeklamasi sajak.

Sunday, April 17, 2011

Program Minggu Antidadah & Kempen Ponteng Sifar

Pelancaran Perasmian Program Minggu Antidadah & Kempen Ponteng Sifar telah berlangsung dengan jayanya bersama Minggu Sains dan Matematik pada 11 April 2011.  



Ceramah dan Mesra Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Bersama Pelajar SMK Tun Mutahir 2011

Pada 7 April 2011, Ceramah dan Mesra Ketua Polis Daerah Melaka Tengah telah berlangsung dengan jayanya di tapak perhimpunan SMK Tun Mutahir.  Ceramah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, iaitu ACP Sallehuddin Bin Hj Abd Razak.






Program Kecemerlangan Anak-Anak Melaka Peringkat Negeri Melaka

Seramai 6 orang murid sahaja dari SMK Tun Mutahir menyertai Program Kecemerlangan Anak-Anak Melaka Peringkat Negeri Melaka yang diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh/ Hari: 15 April 2011 hingga 17 April 2011 (Jumaat hingga Ahad)
Tempat:  SMT Vokasional Bukit Katil, Melaka
Sasaran: 10 murid HALUS (Harapan lulus)

Monday, April 11, 2011

Seminar Akademik Strategi A

Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah menguruskan seramai 15 orang murid  dari SMK Tun Mutahir menyertai Seminar Akademik dianjurkan oleh Strategik A bagi mata pelajaran Geografi, Sains, Matematik dan Sejarah yang diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh/ Hari: 10 April 2011 ( Ahad)
Masa: 8 pagi hingga 7.00 malam
Tempat: Utem, Melaka
Sasaran: 15 Murid Tingkatan Tiga (PMR)
Bayaran : RM130 termasuk modul lengkap/set nota, kertas ujian tahun lepas (8 tahun), kertas percubaan 15 sekolah terbaik, kertas ramalan PMR 2011, makan dan minum, pengangkutan.

Saturday, April 9, 2011


Kempen Ponteng Sifar 

Kempen Ponteng Sifar akan berlangsung pada 11-14 April 2011.  Kempen ini bertumpu kepada murid yang bermasalah ponteng.

Kertas Kerja di sini

Wednesday, April 6, 2011

Program MInggu Antidadah

Program Minggu Antidadah akan berlangsung pada 11-14 April 2011.  Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang Program Minggu Antidadah.  Sila rujuk kertas kerja program dan AJK & tugas.

Tuesday, April 5, 2011

Program Kolaborasi Dan Lawatan Murid -Program ICT Bersama ADTEC Anjuran JPM

Program Kolaborasi Dan Lawatan Murid bersama  Pusat Latihan Teknologi Tinggi Melaka(ADTE) untuk Guru Bimbingan Dan Kaunseling serta Murid Tingkatan Empat Dan Lima (4&5) Sekolah-Sekolah Negeri Melaka Tahun 2011. Seramai 30 pelajar tingkatan 4 Sains telah menyertai lawatan ke ADTEC iaitu mengikut ketetapan berikut:
Tarikh   :   5 April 2011 ( Selasa)
Masa    :   8.00-2.00 petang
Tempat :   Makmal Komputer, ADTEC Melaka
Aktiviti 1 :  Ceramah dan Bengkel disampaikan oleh Muhammad Fikri B Yusuf
                 ( Pegawai Latihan Dan Vokasional, ADTEC)     
                -Pengenalan Windows Dan Konfigurasi
                -Aplikasi Grafik Dan Multimedia
                -Internet Explorer
                -Asas Konsfigurasi Komputer
                -Tayangan Video
Aktiviti 2 : Lawatan sekitar ADTEC  -Melihat robot, komponen kereta dan sebagainya

Monday, April 4, 2011

Program Cafecinta 2011

Program Cafe Cinta 2011 'Dirimu Permata Islam'  merupakan program di bawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia.

Tarikh/Hari:   2 April 2011 (Sabtu)
Masa         :   8.00-2.00 petang
Tempat      :  Auditorium, Masjid Al-Azim, Melaka
Sasaran     :  Seramai 60 pelajar telah menyertai program tersebut  (7 Guru Pengiring)