Tuesday, April 19, 2011

Karnival Kerjaya Sains Dan Teknologi

Karnival Kerjaya Sains Dan Teknologi Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2011 akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 30 April 2011(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5 petang
Tempat : SK Tanjung Minyak
Tema :  Teknologi Unggul Penjana Produktiviti Negara

Sekolah kita akan menyertai pertandingan Melukis Poster(peringkat Daerah Melaka Tengah), Melukis Kain Rentang(peringkat Daerah Melaka Tengah), Sketsa Kerjaya(peringkat negeri) dan Eksplorasi Alam Kerjaya(peringkat negeri).




Untuk makluman, semua kategori pertandingan adalah di peringkat negeri kecuali Pertandingan Melukis Poster Kerjaya dan Melukis Kain Rentang Kerjaya yang akan dipertandingkan di peringkat Daerah.  Para pemenang di peringkat daerah akan dimaklumkan oleh Urusetia dan layak bertanding di peringkat negeri pada 30 April 2011 secara langsung. 



Dalam usaha menghasilkan kain rentang untuk Karnival Kerjaya Sains dan Teknologi

Melukis poster Karnival Sains dan Teknologi

0 si comel comments: