Tuesday, May 31, 2011

Program Bina Kecemerlangan

Program Bina Kecemerlangan merupakan program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama  Khidmat Masyarakat,  Fakulti Teknologi Maklumat UTeM dan Puspanita.  Program ini akan berjalan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 31 Mei 2011 (Selasa)
Masa 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : UTeM
Sasaran : 40 orang murid 










 

Friday, May 27, 2011

Program Menggapai Impian (D.U.I.T) 2011

Program Menggapai Impian yang bertema Daya, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (D.U.I.T) untuk murid Melayu Tingkatan 3 telah berjalan dengan lancar pada 27 Mei 2011 dari pukul 8 hingga 11 pagi atas kerjasama semua guru bimbingan dan kaunseling dan guru pelatih. Program ini telah dijalankan di dewan sekolah.

Thursday, May 26, 2011

Program Menggapai Impian (D.U.I.T)


Program Menggapai Impian (D.U.I.T) untuk murid Cina Tingkatan 5 telah berjalan dengan lancar pada 26 Mei 2011 di dewan sekolah.  Program ini telah dikendalikan oleh En Au Yong dari Technical Resource And Internship Network (T.R.A.I.N).


 

Wednesday, May 25, 2011

Program Menggapai Impian (D.U.I.T)

Program Menggapai Impian yang bertema Daya, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (D.U.I.T) untuk murid Melayu Tingkatan 5 telah berjalan dengan lancar pada 25 Mei 2011 dari pukul 8 hingga 11 pagi atas kerjasama semua guru bimbingan dan kaunseling dan guru pelatih.  Program ini telah dijalankan di dewan sekolah.



Saturday, May 14, 2011

Naib Johan Pertandingan Melukis Poster Kategori Menengah Bawah Sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) Peringkat Negeri Melaka

Tahniah kepada Yee Qing Xuan (3I) kerana telah berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Melukis Poster Kategori Menengah Bawah Sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) Peringkat Negeri Melaka yang  diadakan mengikut ketetapan berikut:-
Tarikh/Hari   :14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa Pertandingan bermula: 8.30 pagi
Tempat: Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka

Kami dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Tun Mutahir mengucapkan tahniah kepada peserta.

Kursus Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri Melaka

Seramai 2 orang murid telah terpilih untuk menyertai Kursus Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri Melaka anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPM) yang telah diadakan mengikut ketentuan berikut:
Tarikh/Hari: 9-12 Mei 2011/ Isnin - Khamis
Tempat     : Asahan

Wednesday, May 11, 2011

Program Remaja Sihat

Program Remaja Sihat merupakan program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Pendidikan Moral dengan kerjasama Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia.  Program ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Mei 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 1.10 petang
Tempat : Dewan SMK Tun Mutahir
                Gelanggang Bola Keranjang
Sasaran : 100 orang murid Cina Tingkatan 3 & 4

Sila rujuk kertas cadangan.

Thursday, May 5, 2011

Kursus Jati Diri Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka

Seramai pelajar 6 peserta telah menghadiri Kursus Jati Diri Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan pada 3 Mei hingga 5 Mei 2011(Selasa-Khamis) di Pusat Kokurikulum Lanchang, Merlimau, Melaka.

Monday, May 2, 2011

Pertandingan Sketsa Kerjaya Sempena Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Melaka

Tahniah! SMK Tun Mutahir telah mendapat tempat ke 6 dalam Pertandingan Sketsa Kerjaya Sempena Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Melaka  yang diadakan pada 30 April 2011(Sabtu) bertempat di SK Tanjung Minyak, Melaka. Pertandingan Kain Rentang dan Ekplorasi Alam kerjaya juga bertanding.

Murid yang menyertai dalam pertandingan adalah seperti dalam senarai.

Johan Pertandingan Kain Rentang Sempena Karnival Kerjaya Peringkat Daerah Melaka Tengah

Tahniah! SMK Tun Mutahir telah menjadi Johan Pertandingan Melukis Kain Rentang Kerjaya Peringkat Daerah Melaka Tengah.
Pertandingan Melukis Kain Rentang Kerjaya peringkat negeri akan berlangsung pada 30 April 2011 di SK Tanjung Minyak sempena Karnival Kerjaya Sains dan Teknologi.




Johan Pertandingan Melukis Poster Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Daerah Melaka Tengah

Tahniah!  Pelajar SMK Tun Mutahir bernama Yee Qing Xuan (3I) telah menjadi Johan Pertandingan Melukis Poster Kategori Menengah Bawah Sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) Peringkat Daerah Melaka Tengah pada 30 April 2011 (Sabtu) bertempat di Melaka Mall, Melaka.  Hadiah berupa piala dan sijil.
Sekolah kita turut bertanding dalam Pertandingan Melukis Poster Menengah Atas dan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak pada hari tersebut.

Untuk makluman, peserta akan mewakili daerah ke Pertandingan Karnival PPDa Peringkat Negeri yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:-
Tarikh/Hari   :14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa Pertandingan bermula: 8.30 pagi
Tempat: Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka

Kami dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Tun Mutahir mengucapkan tahniah kepada peserta.