Thursday, June 30, 2011

KEPUTUSAN KELAYAKAN KE UJIAN PERMATApintar UKM2 DAN USIM

KEPUTUSAN KELAYAKAN KE UJIAN UKM2 DAN USIM

UKM2 2011 Pengumuman: Kepada semua pelajar yang telah menduduki Ujian UKM1 2011 dan pelajar Alumni, anda sudah boleh menyemak keputusan ujian UKM1. Masukkan ID yang telah digunakan untuk mengambil Ujian UKM1 2011.
Klik di sini...

Monday, June 27, 2011

Persembahan Malam Muzikal Anjuran SMK Bukit Baru

LAPORAN PERSEMBAHAN MALAM MUZIKAL
“SERIBU MALAM IMPIAN”
PENGENALAN
*      Tujuan pelajar SMK Tun Mutahir dijemput melihat persembahan malam muzikal adalah untuk memupuk semangat mereka bahawa mereka semua mampu melakukan perkara yang sama seperti pelajar lain lakukan. Persembahan malam muzikal banyak memberi pengetahuan yang sangat berguna kepada pelajar.Pelajar SMK Tun Mutahir boleh mengambil contoh yang positif untuk di jadikan panduan dan landasan untuk meneruskan kehidupan dengan cemerlang,gemilang dan terbilang.
MATLAMAT
*      Dapat menyedarkan pelajar bahawa, SMK Tun Mutahir juga boleh melaksanakan program seperti itu,dengan adanya pelajar yang semangat waja,berkeyakinan tinggi,berdisplin dan gigih berusaha.Persembahan muzikal yang di tonton oleh pelajar pada malam ini,akan membuatkan mereka teruja serta terpesona dengan bakat-bakat yang di tonjolkan.Semoga pelajar SMK Tun Mutahir boleh berdaya saing dan bergerak maju seperti mereka.
OBJEKTIF
*      Dapat memupuk semangat pelajar untuk berdaya saing.
*      Dapat mencungkil bakat yang terpedam pada diri pelajar.
*      Pelajar dapat mengambil contoh yang positif untuk di jadikan panduan hidup.
*      Pelajar dapat melihat kerjasama antara satu bangsa satu Malaysia.
*      Pelajar akan lebih berkeyakinan tinggi serta mampu melakukan yang lebih terbaik.

TEMPAT
*      Auditorium Seri Negeri Melaka
TARIKH
*      24 JUN 2011 (JUMAAT)
MASA
*      8.00PM-11.00PM
PENGANGKUTAN
*      Bas sekolah
SASARAN PELAJAR TERLIBAT
*      Tingkatan 1, 2, 3, dan 4. (23 Pelajar)

SENARAI NAMA PELAJAR PERSEMBAHAN MALAM MUZIKAL
“SERIBU MALAM IMPIAN”
24 Jun 2011 (Jumaat)  8.00-11.00 malam

Seminar Kembara Ilmu 2011

Seramai 2 murid telah menyertai Seminar Kembara Ilmu Anjuran Inda Nurun Management telah diadakan pada 26hb Jun 2011 (Ahad) bermula 8.00 pagi hingga 5.00  petang bertempat di Auditorium Seri Negeri, Dewan Laksamana, Ayer Keroh, Melaka.Berikut nama peserta:
1. Shahniz Hanim Bt Abdullah (4SN)
2. Aqilah Bt Mohd Salleh (4SN)

Friday, June 24, 2011

Program Jaya Waris 2011

Program Jaya Waris telah berjalan dengan lancar . Program ini adalah cadangan dan idea inovasi oleh Tuan Haji Zolkaply Bin Yunus selaku Pengetua SMK Tun Mutahir, Melaka.  Sistem markah murid dan disiplin dipaparkan dalam Pengurusan Q-net dan E-disiplin secara online.  Program ini dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh/Hari:  24 Jun 2011(Jumaat) 
Masa         :  8.00 am-12.00 pm(sesi pagi)
                      3.00 pm- 6.00 pm (sesi petang)
Peranan dan tanggungjawab ibu bapa amat penting dalam menentukan kejayaan akademik anak masing-masing.  Pencapaian akademik anak mereka,  boleh diperbaiki dari peringkat awal lagi jika ibu bapa dimaklumkan terlebih awal dan perbincangan dapat dijalankan mengenai masalah akademik dan sebarang masalah lain yang boleh mengganggu pencapaian akademik bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Tingkatan atau Guru Mata Pelajaran.


Tujuan  program  ini dijalankan adalah untuk memastikan  agar anak masing-masing (para pelajar ) lulus dalam peperiksaan PMR dan SPM dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan dan peratus kualiti pelajar cemerlang di peringkat sekolah.

PERATUSAN KEHADIRAN IBU BAPA PENJAGA PELAJAR BAGI
PROGRAM JAYA WARIS 2011
TARIKH: 24 JUN 2011 (JUMAAT)
SESI PAGI  :  8.00 PAGI -12.00 TENGAHARI
KELAS
JUMLAH PELAJAR
JUMLAH KEHADIRAN
IBU BAPA  /PENJAGA
PERATUSAN KEHADIRAN
3A
37
13
35.14 %
3J
38
9
23.68 %
3I
37
4
10.81 %
5SN
36
2
5.56 %
5SSI
26
2
7.69 %
JUMLAH
174
30
17.24 %



SESI PETANG  :  3.00 PETANG -6.00 PETANG

KELAS
JUMLAH PELAJAR
JUMLAH KEHADIRAN IBU BAPA/PENJAGA
PERATUSAN KEHADIRAN
1I
31
20
64.52 %
1A
30
13
43.33 %
1J
28
2
7.14 %
2I
33
13
39.39 %
2A
30
7
23.33 %
2J
29
12
41.38 %
JUMLAH
181
67
37.02 %

Tuesday, June 21, 2011

Program Kecemerlangan 1 Malaysia PMR & SPM SIRI 2 2011

Sunday, June 19, 2011

Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia

Majlis Penyerahan Komputer 1 Malaysia Dun Ayer Keroh kepada 180 murid SMK Tun Mutahir, 106 murid SMK Ayer Keroh, 240 murid SMK Munshi Abdullah dan 70 murid MOZAC telah berjalan dengan jayanya pada 17 Jun 2011 (Jumaat) pukul 3 hingga 5 petang bertempat di Dewan SMK Ayer Keroh. Unit Bimbingan Dan Kaunseling dan Penyelaras ICT bersama GPK HEM turut bersama membantu mengendalikan program ini.




Friday, June 17, 2011

Lawatan Kerjaya

Seramai 30 murid dari kelas 4 sains sukan telah menyertai Karnival Kerjaya Anjuran Majlis Guru Kaunseling Daerah Melaka Tengah Tahun 2011 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 15 Jun 2011(Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 1 petang
Tempat : Dewan, SMK Yok Bin, Melaka

Thursday, June 2, 2011

Penyampaian sijil dan cenderahati kepada 5 Murid untuk Program Anak Angkat LPPKN