Friday, June 24, 2011

Program Jaya Waris 2011

Program Jaya Waris telah berjalan dengan lancar . Program ini adalah cadangan dan idea inovasi oleh Tuan Haji Zolkaply Bin Yunus selaku Pengetua SMK Tun Mutahir, Melaka.  Sistem markah murid dan disiplin dipaparkan dalam Pengurusan Q-net dan E-disiplin secara online.  Program ini dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh/Hari:  24 Jun 2011(Jumaat) 
Masa         :  8.00 am-12.00 pm(sesi pagi)
                      3.00 pm- 6.00 pm (sesi petang)
Peranan dan tanggungjawab ibu bapa amat penting dalam menentukan kejayaan akademik anak masing-masing.  Pencapaian akademik anak mereka,  boleh diperbaiki dari peringkat awal lagi jika ibu bapa dimaklumkan terlebih awal dan perbincangan dapat dijalankan mengenai masalah akademik dan sebarang masalah lain yang boleh mengganggu pencapaian akademik bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Tingkatan atau Guru Mata Pelajaran.


Tujuan  program  ini dijalankan adalah untuk memastikan  agar anak masing-masing (para pelajar ) lulus dalam peperiksaan PMR dan SPM dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan dan peratus kualiti pelajar cemerlang di peringkat sekolah.

PERATUSAN KEHADIRAN IBU BAPA PENJAGA PELAJAR BAGI
PROGRAM JAYA WARIS 2011
TARIKH: 24 JUN 2011 (JUMAAT)
SESI PAGI  :  8.00 PAGI -12.00 TENGAHARI
KELAS
JUMLAH PELAJAR
JUMLAH KEHADIRAN
IBU BAPA  /PENJAGA
PERATUSAN KEHADIRAN
3A
37
13
35.14 %
3J
38
9
23.68 %
3I
37
4
10.81 %
5SN
36
2
5.56 %
5SSI
26
2
7.69 %
JUMLAH
174
30
17.24 %



SESI PETANG  :  3.00 PETANG -6.00 PETANG

KELAS
JUMLAH PELAJAR
JUMLAH KEHADIRAN IBU BAPA/PENJAGA
PERATUSAN KEHADIRAN
1I
31
20
64.52 %
1A
30
13
43.33 %
1J
28
2
7.14 %
2I
33
13
39.39 %
2A
30
7
23.33 %
2J
29
12
41.38 %
JUMLAH
181
67
37.02 %

0 si comel comments: