Friday, July 29, 2011

Bergambar Kenangan Bersama Tuan Pengetua

Bergambar Kenangan Bersama Tuan Pengetua- Tuan Haji Zolkaply Bin Yunus


Kecapi gendang mengalun dendang, 
Gemalai tari melenggang puteri, 
Budi dikenang tersanjung ditatang, 
Jasa dan bakti tersemat dihati.

Persiapan dewan pada 29 Julai 2011(Jumaat) jam 11.40-12.00 pm untuk jamuan perpisahan tuan pengetua 30 Julai 2011




Sekitar Program Pendidikan Kesihatan Oral Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling

Program ini telah berjalan dengan jayanya yang mana melibatkan semua murid sesi petang iaitu Tingkatan Peralihan, Satu Dan Dua. Program ini dijalankan pada 29 Julai 2011 (Jumaat) jam 10.20 hingga 11.40 pagi. Program merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) "Extra Dental Health" oleh Wringley Extra. Aktiviti diadakan seperti pameran dan demonstrasi.




Thursday, July 28, 2011

Program Pendidikan Kesihatan Oral Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling

Thursday, July 21, 2011

Sekitar Hari Ko-kurikulum SMK Tun Mutahir 2011

Hari Ko-kurikulum yang telah berlangsung baru-baru ini berjaya dilaksanakan dalam suasana yang meriah dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga SMK Tun Mutahir. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti jualan gerai kelab-kelab dan persatuan-persatuan ko-kurikulum, pameran kerjaya oleh IPTA dan IPTS, pertandingan permainan dalaman dan luaran, tayangan filem, rumah hantu, deklamasi sajak, karaoke dan sebagainya.



PERSIAPAN HARI KANTIN SEKOLAH


BERMULANYA HARI KANTIN


PARA PENGUNJUNG SEDANG BERFIKIR KEMANA MEREKA HENDAK PERGI



RAMAI PENGUNJUNG BERKUNJUNG KE GERAI KAMI




MELAYAN PENGUNJUNG DENGAN MESRA

AHLI PRS SEDANG SIBUK MENYEDIAKAN TEMPAHAN ORANG RAMAI 

SUASANA  MERIAH DI HARI KANTIN

TAHNIAH KEPADA SEMUA AHLI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Semua ahli Pembimbing Rakan Sebaya menjalankan tugas masing-masing dengan bersungguh-sungguh dan gembira pada hari Kantin sekolah terutama gerai jualan dan pameran kerjaya. Suatu pengalamna yang tidak dapat dilupakan dan kenangan bersama ahli.

Wednesday, July 20, 2011

SEKITAR HARI KOKURIKULUM SEKOLAH 2011( GERAI JUALAN DAN PAMERAN KERJAYA)

PERSIAPAN HARI KANTIN SEKOLAH


BERMULANYA HARI KANTIN


PARA PENGUNJUNG SEDANG BERFIKIR KEMANA MEREKA HENDAK PERGI



RAMAI PENGUNJUNG BERKUNJUNG KE GERAI KAMI




MELAYAN PENGUNJUNG DENGAN MESRA

AHLI PRS SEDANG SIBUK MENYEDIAKAN TEMPAHAN ORANG RAMAI 

SUASANA  MERIAH DI HARI KANTIN

TAHNIAH KEPADA SEMUA AHLI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
Semua ahli Pembimbing Rakan Sebaya menjalankan tugas masing-masing dengan bersungguh-sungguh dan gembira pada hari Kantin sekolah terutama gerai jualan dan pameran kerjaya. Suatu pengalamna yang tidak dapat dilupakan dan kenangan bersama ahli.

Monday, July 18, 2011

Program Kecemerlangan 1 Malaysia PMR Dan SPM 2011

18 Julai 2011 (Isnin) 12.30pm-2.30pm diadakan Program Kecemerlangan 1 Malaysia-Teknik Menjawab bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris SPM.  Murid dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu bertempat di Dewan Mutahir dan Bilik Tayang.

Perjumpaan Program Permataku Sayang (Mentor Mentee) Dan Program Born To Read kali ke 6

 18 Julai 2011 (Isnin)  7.30-8.10 pagi
 



Sunday, July 17, 2011

Karnival Kerjaya Sempena Hari Kokurikulum SMK Tun Mutahir

#   Pameran Kerjaya IPTA dan IPTS  di Dewan Mutahir
     Anjuran Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Tun Mutahir

Gerai Jualan Bimbingan Dan Kerjaya  & SLAD - Datanglah berkunjung ke gerai kami......

Friday, July 15, 2011

Thursday, July 14, 2011

Program Kempen Outreach Murid Peringkat Negeri Melaka Anjuran Unit HEM, Jabatan Pelajaran Melaka

Seramai empat ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dari SMK Tun Mutahir telah mewakili negeri Melaka untuk Program Kempen Outreach Murid Peringkat Negeri Melaka anjuran Unit HEM, Jabatan Pelajaran Melaka yang diadakan pada 13 Julai 2011 (Rabu) bertempat di Dewan Bestari, JPM dan sekitar sekolah-sekolah yang terpilih. Program ini bermula pada 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang.







Monday, July 11, 2011

Program Jaya Waris Siri 2 telah berjalan dengan lancar . Program ini adalah cadangan dan idea inovasi oleh Tuan Haji Zolkaply Bin Yunus selaku Pengetua SMK Tun Mutahir, Melaka.  Sistem markah murid dan disiplin dipaparkan dalam Pengurusan Q-net dan E-disiplin secara online.  Program ini dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh/Hari:  8 Julai 2011(Jumaat) dan 11 Julai 2011
Masa         :  8.00 am-12.00 pm(sesi pagi)
                     
Peranan dan tanggungjawab ibu bapa amat penting dalam menentukan kejayaan akademik anak masing-masing.  Pencapaian akademik anak mereka,  boleh diperbaiki dari peringkat awal lagi jika ibu bapa dimaklumkan terlebih awal dan perbincangan dapat dijalankan mengenai masalah akademik dan sebarang masalah lain yang boleh mengganggu pencapaian akademik bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Tingkatan atau Guru Mata Pelajaran.

Tujuan  program  ini dijalankan adalah untuk memastikan  agar anak masing-masing (para pelajar ) lulus dalam peperiksaan PMR dan SPM dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan dan peratus kualiti pelajar cemerlang di peringkat sekolah.