Monday, July 11, 2011

Program Jaya Waris Siri 2 telah berjalan dengan lancar . Program ini adalah cadangan dan idea inovasi oleh Tuan Haji Zolkaply Bin Yunus selaku Pengetua SMK Tun Mutahir, Melaka.  Sistem markah murid dan disiplin dipaparkan dalam Pengurusan Q-net dan E-disiplin secara online.  Program ini dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh/Hari:  8 Julai 2011(Jumaat) dan 11 Julai 2011
Masa         :  8.00 am-12.00 pm(sesi pagi)
                     
Peranan dan tanggungjawab ibu bapa amat penting dalam menentukan kejayaan akademik anak masing-masing.  Pencapaian akademik anak mereka,  boleh diperbaiki dari peringkat awal lagi jika ibu bapa dimaklumkan terlebih awal dan perbincangan dapat dijalankan mengenai masalah akademik dan sebarang masalah lain yang boleh mengganggu pencapaian akademik bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Tingkatan atau Guru Mata Pelajaran.

Tujuan  program  ini dijalankan adalah untuk memastikan  agar anak masing-masing (para pelajar ) lulus dalam peperiksaan PMR dan SPM dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan dan peratus kualiti pelajar cemerlang di peringkat sekolah.
























0 si comel comments: