Thursday, September 29, 2011

Majlis Restu PMR 2011

Program ICC PMR 2011

Sekitar Program ICC PMR 2011 yang dijalankan setiap hari Isnin hingga Khamis selama 4 minggu berturut-turut mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 5 hingga 29 September 2011
Masa : 12.00-1.30 petang


Wednesday, September 28, 2011

Permohonan Secara Online Kemasukan Murid Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Tahun 2012

Permohonan secara online kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2012 telah dibuka mulai 1 September 2011 sehingga 15 Oktober 2011 melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).

Prosedur Permohonan Murid ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
1.  Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan
     Empat (4) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

2.  Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
3.  Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal
     masing-masing.


Syarat Pemilihan Murid Tingkatan Empat (4)

1.  Warganegara Malaysia
2.  Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
3.  Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
     - memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk 
       Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/
       Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin)
     - mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
     - memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
4.  Aktif dalam kokurikulum 
 

Tuesday, September 20, 2011

Program Patriotisma 1 Malaysia Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka 2011

Sukacita dimaklumkan Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Melaka mengadakan Program Patriotisma 1 Malaysia Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka 2011  mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 13 hingga 15 September 2011
Tempat: Pusat Kokurikulum Melaka, Merlimau, Melaka
Sasaran: 3 Murid Tingkatan 4

Perbarisan Hari Kebangsaan

Seramai 6 orang pelajar telah menyertai perbarisan Hari Kebangsaan di Dataran Pahlawan pada 16hb September 2011(Jumaat)

Sunday, September 18, 2011