Sunday, October 30, 2011

Cuti Deepavali

Sempena menyambut hari Deepavali, sekolah cuti selama seminggu bermula 22hb-30hb Oktober 2011.

Tuesday, October 25, 2011

Program Selepas PMR (21 Oktober)

Sekitar Program Selepas PMR pada 21 Oktober 2011(Jumaat).  Sebahagian murid menjalankan aktiviti perlawanan ping pong di Dewan Mutahir, Melaka











Aktiviti Berikutnya Program Selepas PMR 21 Oktober 2011

Sekitar Program Selepas PMR di Tasik Ayer Keroh pada 21 Oktober 2011(Jumaat).  Pelbagai aktiviti menarik dijalankan pada seperti berkayak, climbing rock dan banyak lagi.




















Monday, October 24, 2011

Tahniah!


Salam, berikut adalah merupakan keputusan terkini setelah di finalised pada jam 2.00 ptg sehingga 5.00 ptg tadi (24 /10/2011) hasil rumusan yang telah dibuat pada 20 Oktober 2011. (Dinyatakan disini ialah sekolah-sekolah yang telah layak ke Peringkat Akhir untuk dibawa pada 10 November 2011 di SK Kg. Tun Razak.

Pertandingan Membina Video Korporat UBK
Kategori Sekolah Menengah
1. SMK Ghaffar Baba
2. SMK (P) Methodist
3. SMK Bukit Katil
4. SMK Iskandar Syah
5. SM Sains Muzaffar Syah
6. SMK Kg. Gelam
7. SMKA Sharifah Rodziah
8. SMK Tun Mutahir

Kategori Sekolah Rendah
1. SK Jasin
2. SK Pantai Kundor
3. SK Lereh
4. SK P Methodist 2

Pertandingan Membina Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling
Kategori Sekolah Menengah
1. SMK Bukit Katil
2. SMK Datuk Abdul Rahman Yakcop
3. SMK Tun Syed Zahiruddin
4. SM Tahfiz Al-Quran Chenderah
5. SM Sains Muzaffar Syah
6. SMK Ayer Molek
7. SMK Telok Mas
8. SMK Pernu
9. SMK Sharifah Rodziah
10. SMK Tun Mutahir

Kategori Sekolah Rendah
1. SK Seri Duyong
2. SK Infant Jesus Convent (1)
3. SK (P)Methodist 2
4. SK Pantai Kundor
5. SK Kg Tun Razak
6. SK Lereh
7. SK Kerubong

Pertandingan Membina FaceBook (FB) Unit Bimbingan dan Kaunseling
Kategori Sekolah Menengah :
1. SMK Agama Sharifah Rodziah
2. SMK Tun Mutahir
3. SM Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
4. SMK Kg. Gelam
5. SMK Datuk Abdul Rahman Yakcop
6. SMK Tun Syed Zahiruddin
7. SMK Munshi Abdullah
8. SMK Sungai Udang
9. SMK Bukit Katil

Tahniah di atas kejayaan melayakkan diri ke Peringkat Akhir, sekalung tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang lain yang telah menunjukkan kehebatan kerana telah membuat panel penilai terpaksa membuat dua kali saringan. Ini adalah kerana mata sangat rapat diantara satu sama lain.
Surat-surat rasmi akan menyusul kemudian. Terima kasih.

Gerbang Kaunseling Melaka

Portal Gerbang Kaunseling Melaka telah secara rasmi dilancarkan pada 21 Oktober 2011 di Hotel Sri Petaling, K.Lumpur oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka sempena Kursus Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah 2011. Jika kelapangan boleh mengunjungi di laman sesawang di alamat http://www.kaunselingmelaka.edu.my/. Semoga dengan penwujudan portal ini akan dapat membantu ke arah keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Negeri Melaka. Mohon untuk turut juga memberi idea serta bahan untuk di kongsikan bersama.

www.kaunselingmelaka.edu.my
Pada 18 Oktober 2011 yang lepas, satu majlis Watikah Perlantikan Jurulatih Utama e-Pelaporan L4 telah diadakan secara ringkas…

Sunday, October 23, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012


Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Sesi 2012/ 2013 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2011 yang baru lalu. Para pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bolehlah memohon untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM ini.

Jurusan/Aliran Program Matrikulasi

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysiamenawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
Kolej Matrikulasi
  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi KPM akan mengambil masa
  1. Dua semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST)
  2. Empat semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun,
  1. Pada bulan Mei bagi PST. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya.
  2. Pada bulan Jun bagi PDT.

Kelayakan Memohon Program Matrikulasi

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah pelajar bumiputera yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012.
  3. Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon.
  4. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2011.
    • Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
    • Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
    • Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Kelayakan Minimum Akademik PST

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Aliran Teknikal (M007)

  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasiuntuk lebih memahaminya.
Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikukasi Dua Tahun.

Kelayakan Minimum Akademik PDT

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahunialah seperti berikut :
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Cara Memohon Program Matrikulasi

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan satu cara permohonan sahaja mulai sesi 2011/2012 tahun lepas iaitu permohonan melalui internet (PMI). Sebelum mengisi borang permohonan, pemohon perlu mempunyai Nombor Pengenalan Individu (NPI) yang boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN dengan bayaran RM6.00.
Permohonan melalui internet boleh dibuat di portal berikut;
Pautan berikut juga membantu;

Semakan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2012 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2012 untuk mengetahui status permohonan.

Surat Tawaran dan Pendaftaran Matrikulasi

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2012. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

Penempatan Kolej Matrikulasi

Penempatan pelajar ke Kolej Matrikulasi akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi  Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila rujuk senarai Kolej Matrikulasi dan pautan ke laman web mereka di Program Matrikulasi KPM

Rayuan Permohonan Matrikulasi

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2012 nanti. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2012 ialah pada 10 Oktober 2011 dilanjutkan kepada 30 November 2011.
  • Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

Pertanyaan

  • Jika terdapat sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk portal Aplikasi Permohonan Atas Talian Program Matrikulasi atau laman web Matrikulasi KPM atau Program Matrikulasi KPM atau hubungi Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4036/ 4040/ 4083 atau faks 03 8884 4028 / 03 8888 6864.
  • Anda boleh juga datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia di Aras 6 – 7, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Friday, October 21, 2011

Program Selepas PMR (20 Oktober)

Sekitar Program Selepas PMR pada 20 Oktober (Khamis)



Thursday, October 20, 2011

Program Lawatan Sambil Belajar Ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil

Sekitar Lawatan sambil belajar ke ILP, Bukit Katil sempena Program Selepas PMR(20 Oktober)











Sekitar Program Selepas PMR (17 Oktober)