Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru

 

Monday, May 14, 2012

Majlis Akujanji Murid Cemerlang PMR/SPM 2012

Majlis Akujanji Murid Cemerlang PMR/SPM 2012 telah berjalan dengan lancar pada 10 Mei 2012, jam 12.00 tengahari.  Seramai 15 orang murid SPM dan 23 orang murid PMR terlibat dalam majlis ini.  Ibubapa murid cemerlang juga dijemput untuk menghadiri majlis ini.

Ucapan Pengetua, Tn Hj Hussin bin Sirun


Ucapan YDP PIBG, En Mansor.




Taklimat Cara Pembuangan Tuala Wanita

Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh pihak Rentokil pada 9 Mei 2012 kepada semua murid perempuan.  Dalam taklimat ini, semua murid perempuan diajar cara menggunakan sanitary bin.






Monday, May 7, 2012

Ceramah Remaja & Kesihatan

Pada 3 Mei 2012, pihak Kotex telah menyampaikan Ceramah Remaja & Kesihatan kepada murid perempuan Tingkatan 2 & 4 pada jam 1 petang.  Program ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Kesihatan dan Unit Bimbingan & Kaunseling.  Duta Kotex iaitu Faezah Elai turut bersama dalam sesi kuiz.


Faezah Elai dalam sesi pertanyaan kuiz kepada murid.




Ceramah Motivasi

Ceramah Motivasi ini diadakan untuk murid dari kelas Tingkatan 3RK, 3A, 3J dan 3C.  Ceramah ini telah disampaikan oleh Cik Nelly Lim dari Study Quest Education Services pada 27 April 2012.


Ceramah Pembangunan Sahsiah

Ceramah Pembangunan Sahsiah ini telah berjalan dengan lancar pada 27 April 2012 atas kerjasama Cik Nelly Lim dari Study Quest Education Services.  Murid yang terlibat ialah murid kelas Tingkatan 5SN, 5SSI, 5PA1 dan 5PA2.


Wednesday, April 25, 2012

Kursus Kepimpinan Pengawas 2012

Kursus Kepimpinan Pengawas 2012 telah berjaya dijalankan pada 31 Mac 2012 di Kompleks Belia Sukan, Ayer Keroh.  Kursus ini merupakan program anjuran Unit Pengawas dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.









Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012

Semakan tawaran ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012 boleh dibuat di laman sesawang yang berikut:

apps.moe.gov.my/sst6/cheF6_12/

Semakan Tawaran Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Kepada murid bekas Tingkatan 5 2011 yang telah memohon ke Matrikulasi, anda boleh membuat semakan tawaran di laman sesawang yang berikut:

apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran

Ceramah Motivasi

Pihak MSU telah mengadakan satu Ceramah Motivasi di sekolah pada 20 April 2012 atas jemputan Unit Bimbingan dan Kaunseling.  Murid yang mengikuti ceramah ini ialah murid Tingkatan 5.


Bengkel Peta Minda Visual

Bengkel Peta Minda Visual ini telah diadakan pada 18 April 2012 di dewan sekolah.  Murid yang terlibat merupakan murid Tingkatan 4.  Bengkeal ini bermula jam 8.30am hingga 12.00 tengah hari.  Bengkel ini berjalan dengan lancar.



Ceramah Kerjaya

Pada 12 April 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput pihak KLMU untuk menyampaikan Ceramah Kerjaya kepada murid Tingkatan 4.  Pihak KLMU telah memperkenal 10 kerjaya yang popular kepada murid.

Ceramah Gejala Rokok dan Dadah

Satu ceramah yang bertajuk Gejala Rokok dan Dadah telah disampaikan oleh En Mohd Hanuar bin Mohd Talib dari Vision Consultant Sdn Bhd.  Sasaran ceramah ini adalah murid Tingkatan 2.  Ceramah ini telah dilaksanakan pada 30 Mac 2012.



Ceramah Remaja Masa Kini

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput pihak LPPKN untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Remaja Masa Kini kepada murid Tingkatan 3 pada 22 Mac 2012.



Wednesday, March 28, 2012

Tahniah Kepada SMK Tun Mutahir Atas Peningkatan Pencapaian SPM 2011

Keputusan SPM 2011 telah mencatat sejarah bagi SMK Tun Mutahir kerana berjaya melahirkan 6 orang pelajar cemerlang yang mendapat semua A.  SMK Tun Mutahir telah mendapat penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka atas peningkatan pencapaian SPM 2011.  Tahniah diucapkan kepada SMK Tun Mutahir.

Sijil Penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka



Analisis bilangan calon cemerlang SPM 2011 bagi sekolah menengah di Melaka