Monday, January 30, 2012

Majlis Penyampaian Tahun Baru Cina dan Skim Khairat Kematian(3 pelajar)

Majlis tersebut telah berlangsung dengan lancarnya sebelum sambutan perayaan Tahun Cina yang lepas baru-baru ini (20/01/12). Seramai 30 orang pelajar SMK Tun Mutahir telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh tuan pengetua SMKTMu iaitu Tuan Haji Hussin bi Sirun.


Gambar atas : Antara guru-guru SMKTMu yang ceria berpakaian berwarna merah

Gambar bawah kanan : Guru baru, Cik Afiqah binti Mohd Yassin yang berasal dari Melaka. Beliau adalah lulusan Universiti Islam Melaka berkelulusan Diplome Education TESL dan Bachelor of Human Science English Literature. Diucapkan Selamat Datang kepada beliau.

Monday, January 9, 2012

Majlis Perpisahan Encik Ghafar Bin Yahya (GPK HEM)

Guru yang amat kita sayangi iaitu Encik Ghafar bin Yahya, mantan GPK HEM SMK Tun Mutahir telah dilantik ke jawatan baru sebagai Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) dan dipindahkan ke Anglo Chinese School (ACS), Tengkera, Melaka. Jasa dan bakti beliau sepanjang berada di sini amat dihargai dan dikenang selalu. Tahniah kepada beliau. Semoga sentiasa cemerlang di tempat baru.....

"JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG,
KASIHMU TERPATRI DI SANUBARI"

Tarikh   : 9 Januari 2012
Masa    : 7.30 pagi
Tempat : Dataran SMK Tun Mutahir


Tuan Pengetua, Tn Hj. Hussin bin Sirun memberikan ucapannya (Gambar kiri).
Bacaan sajak yang bertajuk "Rindu Yang Berlalu" oleh Encik Mohd Noor bin Md. Zam (Gambar kanan)

Ucapan daripada guru yang diraikan, Encik Ghafar bin Yahya (Gambar kiri).

Antara cenderamata khas untuk Encik Ghafar.


Tuan Pengetua, Tn. Hj. Hussin menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata  kepada Encik Ghafar (Gambar kiri).  Tn. Hj. Ismail bin Abdullah, GPK HEM menyampaikan cenderamata kepada Encik Ghafar (Gambar kanan)

Antara wakil guru-guru dan staf sokongan yang menyampaikan cenderamata kepada Encik Ghafar.
Antara wakil pelajar-pelajar yang menyampaikan cenderamata.

Sesi bersalaman bersama pelajar-pelajar.

Sunday, January 8, 2012

ORIENTASI TINGKATAN 4

Pada 4 Januari sehingga 6 Januari 2012 telah berlangsungnya hari orientasi bagi pelajar Tingkatan 4. Majlis ini berlangsung dengan lancar sepertimana Unit Bimbingan dan Kaunseling rancangkan. Majlis orientasi ini dirasmikan olek pengetua SMK Tun Mutahir iaitu En.Hj Hussin b. Sirun. Majlis ini berlangsung selama 3 hari bermula Rabu hingga Jumaat.