Wednesday, February 29, 2012

Karnival Pendidikan Kerjaya MARA 2012

Karnival Pendidikan Kerjaya MARA 2012 (Zon Selatan) akan diadakan di MITC, Melaka pada 10 & 11 Mac 2012. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.kaunselingmelaka.edu.my/archives/818

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 Kali ke-8

Karnival Jom Masuk U (Zon 7) N. Sembilan dan Melaka di Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, N. Sembilan Pada 3 dan 4 Mac 2012

Tuesday, February 14, 2012

Majlis Perasmian Perlantikan Pengawas 2012

Majlis ini telah berlangsung dengan lancarnya pada 13 Februari 2012 bersamaan hari Isnin yang lalu. Inspektor Azhar bin Othman iaitu PRO Polis Sekolah telah dijemput khas bagi merasmikan majlis ini. Beliau telah berbesar hati bagi menyampaikan ucapan perasmiannya dan juga menyampaikan sijil perlantikan kepada para pengawas bagi tahun 2012. Pengawas yang dilantik meliputi pengawas am sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas koperasi sekolah dan pengawas SPBT sekolah.


Tuan pengetua, Tuan Haji Hussin bin Sirun menyampaikan ucapannya.

Inspektor Azhar bin Othman menyampaikan ucapan perasmian.

Pembacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas, Ivy Ang.


Penyampaian sijil perlantikan pengawas.



Penyampaian cenderamata kepada Inspektor Azhar oleh Tuan Haji Hussin.



Monday, February 13, 2012

Program Kepimpinan Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka 2012

Program ini telah dijalankan di Pusat Kokurikulum, Jabatan  Pelajaran Melaka, Kg Lanchang, Merlimau, Melaka. pada tarikh 8 Februari hingga 10 Februari (Rabu hingga Jumaat).

Peserta program adalah terdiri daripada murid tingkatan empat, pemimpin pelajar, persatuan dan kelab. Antara aktiviti yang dijalankan sepeerti Pecah Bendung, Ceramah Kepimpinan, Refleksi, Membina rakit, Ikhtiar hidup, Absailling, Tali Aras Rendah, Malam persembahan dan sebagainya.

Sunday, February 12, 2012

Sekitar Karnival PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil

Suasana di Sekitar Karnival PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil pada 11 Februari 2012(Sabtu) bertempat di Dewan Tun Ali, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka dari jam 7 pagi hingga 10 malam. 

Karnival yang julung kali diadakan ini melibatkann kesepakatan dan kerjasama pemimpin serta Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) ke arah pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.  Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran, jualan, pertandingan dan kaunter khidmat nasihat melibatkan murid-murid sekolah, agensi kerajaan dan NGO serta masyarakat setempat diadakan untuk memberi peluang kita bersama-sama menjayakan konsep Satu Malaysia.




Guru-guru SMK Tun Mutahir yang hadir bagi memeriahkan suasana di karnival tersebut. Duduk di kanan sekali ialah GPK 1, Puan Hajah Kamariah binti Othman.

Tahniah...SMK Tun Mutahir  JOHAN pertandingan nyanyian "Dondang Sayang"





Friday, February 3, 2012

Ceramah Bersama Polis ( Remaja Masakini)

Ceramah Bersama Polis ini diadakan pada 2 Februari 2012 (Khamis) pada jam 12.30 tengahari hingga 1.30 petang di Dewan Mutahir, SMK Tun Mutahir, Melaka melibatkan pelajar lelaki tingkatan 2B,2D,3D,3H,4K3,4PD,5K2 dan 5PD.

Pelajar didedahkan tentang salahlaku remaja masakini dan cara-cara menanganinya.  Pemantapan sahsiah dan jati diri remaja juga diterapkan ke dalam jati diri pelajar agar dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang kurang sihat.