Sunday, February 12, 2012

Sekitar Karnival PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil

Suasana di Sekitar Karnival PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil pada 11 Februari 2012(Sabtu) bertempat di Dewan Tun Ali, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka dari jam 7 pagi hingga 10 malam. 

Karnival yang julung kali diadakan ini melibatkann kesepakatan dan kerjasama pemimpin serta Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) ke arah pembangunan modal insan seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.  Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran, jualan, pertandingan dan kaunter khidmat nasihat melibatkan murid-murid sekolah, agensi kerajaan dan NGO serta masyarakat setempat diadakan untuk memberi peluang kita bersama-sama menjayakan konsep Satu Malaysia.




Guru-guru SMK Tun Mutahir yang hadir bagi memeriahkan suasana di karnival tersebut. Duduk di kanan sekali ialah GPK 1, Puan Hajah Kamariah binti Othman.

Tahniah...SMK Tun Mutahir  JOHAN pertandingan nyanyian "Dondang Sayang"





0 si comel comments: