Wednesday, March 28, 2012

Tahniah Kepada SMK Tun Mutahir Atas Peningkatan Pencapaian SPM 2011

Keputusan SPM 2011 telah mencatat sejarah bagi SMK Tun Mutahir kerana berjaya melahirkan 6 orang pelajar cemerlang yang mendapat semua A.  SMK Tun Mutahir telah mendapat penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka atas peningkatan pencapaian SPM 2011.  Tahniah diucapkan kepada SMK Tun Mutahir.

Sijil Penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Melaka



Analisis bilangan calon cemerlang SPM 2011 bagi sekolah menengah di Melaka

Tahniah kepada Calon Cemerlang SPM 2011

Unit Bimbingan & Kaunseling mengucapkan tahniah kepada 6 orang calon cemerlang SPM 2011 yang berjaya mendapat "Straight A".  6 orang calon cemerlang adalah seperti berikut :
  1. Muhammad Zarifuddin bin Zainuddin   9 A ( 7A+ , 2A )
  2. Chong Pik Wei   10 A ( 6A+, 3A , 1A- )
  3. Keu Pei San   10 A (6A+ , 2 A , 2 A- )
  4. Ema Marlyna bt Syaiful   9 A ( 5A+ , 4A )
  5. Loh Hui Yi   10 A ( 4A+, 5A , 1A- )
  6. Lee Shing Kuan   9 A ( 2A+ , 4A , 3A- )
Penggambaran calon cemerlang SPM 2011 bersama pentadbir.  Barisan depan dari kiri, Ema Marlyna bt Syaiful, Lee Shing Kuan, Chong Pik Wei, Muhammad Zarifuddin bin Zainuddin, Keu Pei San dan Loh Hui Yi.  Barisan belakang dari kiri, Pn Manja Md Doli (GPK Penyelia Petang), Pn Hjh Kamariah bt Othman (GPK 1), Tn Hj Hussin bin Sirun (Pengetua) dan Pn Mariah bt Abd Rahman.

Majlis Pelancaran Minggu Antidadah & Kempen Anti Merokok

Majlis Pelancaran Minggu Antidadah & Kempen Anti Merokok telah dirasmikan oleh En Loh Chee Cheong, Timbalan Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pelajaran Negeri Melaka yang mewakili Tn Hj Manan bin Umar, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah.  Majlis ini telah berjalan dengan lancarnya pada 26 Mac 2012 bertempat di tapak perhimpunan SMK Tun Mutahir.  Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab di dalam diri murid mengenai bahaya dadah / rokok serta memberikan Pendidikan Pencegahan Dadah dari peringkat sekolah .


Pengacara Majlis, Cik Afiqah bt Mohd Yassin


Ucapan Pengetua SMK Tun Mutahir, Tn Hj Hussin bin Sirun

Ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, En Loh Chee Cheong


Penyerahan bahan edaran bahaya dadah dan rokok kepada GPK HEM, Tn. Hj.  Ismail b. Abdullah

Penyampaian cenderahati kepada Encik Loh Che Cheong oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Hussin b. Sirun

Monday, March 19, 2012

Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli

Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli telah dirasmikan oleh GPK HEM, Tn Hj Ismail bin Abdullah pada 19 April 2012 bertempat di tapak perhimpunan SMK Tun Mutahir.  Selain ucapan perasmian dari GPK HEM, juga diadakan ikrar pelajar.
Ucapan perasmian Majlis Pelancaran Kempen Anti Buli oleh GPK HEM, Tn Hj Ismail bin Abdullah


Ikrar pelajar yang diketuai oleh Ketua Pengawas, Ivy Ang

Monday, March 5, 2012

Majlis Perpisahan Puan Siti Rokhana binti Osman

Majlis persaraan beliau telah dilangsungkan dengan gilang-gemilang pada 25.02.2012 yang lepas yang mana telah dihadiri oleh beliau dengan ditemani oleh anak tunggalnya. Warga SMKTMu mendoakan agar beliau sentiasa tabah dan ceria dalam meniti usia persaraan ini....."JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG, KASIHMU TERPATRI DI SANUBARI".......



Klik untuk melihat gambar

Majlis Perpisahan Puan Zurinawati Bt Hj. Mustaffa



Tanggal 25.02.2012 yang lalu telah berlangsungnya majlis perpisahan buat Guru Bimbingan Dan Kaunseling kita iaitu Puan Zurinawati binti Hj. Mustaffa yang amat disenangi dan disayangi oleh rakan-rakan sekerja mahupun pelajar-pelajar SMK Tun Mutahir. Beliau terpaksa berpindah ke SMK Tun Tijah, Melaka. Kami warga SMKTMu mendoakan beliau sentiasa bersemangat, ceria dan cemerlang di tempat yang baru....Jasa baktimu di SMKTMu sentiasa diingati dan dikenang buat selama-lamanya....




Klik gambar di atas untuk melihat gambar-gambar yang lain

Pencapaian 5 Bintang SSQS 2011


Friday, March 2, 2012

台湾各大学院招生

2012 年台湾各大学院招生,欢迎大马高级学校文凭、A level、大马考试文凭、O level及统考生申请,申请日期从2月1日至3月15日截止。各申请学生须缴交文件包括填妥的申请表格、身份证、毕业证书、中学最后三年成绩单和文凭及校系志愿卡。招生宣导会将在3月4日(星期日)下午2至4 时在马六甲留台同学会举行,地址是577-3F Taman Melaka Raya, Melaka (OSK股票行隔邻,联络电话是012-225 0729; 019-627 2787; 012-661 3888。

摘自:星洲日报-古城

Seminar Kemahiran & Tips Belajar (Sejarah SPM)

Unit Bimbingan & Kaunseling telah menjemput En Shiva dari Seminar Skor A SSA untuk menyampaikan Seminar Kemahiran & Tips Belajar bagi subjek Sejarah SPM kepada semua murid Tingkatan 5.  Seminar ini telah diadakan pada 2 Mac 2012, jam 11pagi - 12 tengah hari.



En Shiva menyampaikan seminar yang menarik dan berkesan.

En Shiva berjaya menarik perhatian semua murid.


Seminar Kemahiran & Tips Belajar (Geografi PMR)

Seminar Kemahiran & Tips Belajar (Geografi PMR) telah diadakan pada 2 Mac 2012, jam 9 - 10 pagi di dewan sekolah.  Penceramah jemputan ialah En Jasrizal bin Jasmi dari Seminar Skor A SSA.  Semua murid Tingkatan 3 telah mengikuti seminar ini.


En Jasrizal bin Jasmi menyampaikan seminar yang cukup menarik.



Murid menumpukan perhatian sepanjang seminar.