Wednesday, March 28, 2012

Majlis Pelancaran Minggu Antidadah & Kempen Anti Merokok

Majlis Pelancaran Minggu Antidadah & Kempen Anti Merokok telah dirasmikan oleh En Loh Chee Cheong, Timbalan Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pelajaran Negeri Melaka yang mewakili Tn Hj Manan bin Umar, Ketua Unit Pendidikan Pencegahan Dadah.  Majlis ini telah berjalan dengan lancarnya pada 26 Mac 2012 bertempat di tapak perhimpunan SMK Tun Mutahir.  Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab di dalam diri murid mengenai bahaya dadah / rokok serta memberikan Pendidikan Pencegahan Dadah dari peringkat sekolah .


Pengacara Majlis, Cik Afiqah bt Mohd Yassin


Ucapan Pengetua SMK Tun Mutahir, Tn Hj Hussin bin Sirun

Ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, En Loh Chee Cheong


Penyerahan bahan edaran bahaya dadah dan rokok kepada GPK HEM, Tn. Hj.  Ismail b. Abdullah

Penyampaian cenderahati kepada Encik Loh Che Cheong oleh Tuan Pengetua, Tn. Hj. Hussin b. Sirun

0 si comel comments: