Wednesday, April 25, 2012

Kursus Kepimpinan Pengawas 2012

Kursus Kepimpinan Pengawas 2012 telah berjaya dijalankan pada 31 Mac 2012 di Kompleks Belia Sukan, Ayer Keroh.  Kursus ini merupakan program anjuran Unit Pengawas dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.









Semakan Tawaran Ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012

Semakan tawaran ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2012 boleh dibuat di laman sesawang yang berikut:

apps.moe.gov.my/sst6/cheF6_12/

Semakan Tawaran Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Kepada murid bekas Tingkatan 5 2011 yang telah memohon ke Matrikulasi, anda boleh membuat semakan tawaran di laman sesawang yang berikut:

apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran

Ceramah Motivasi

Pihak MSU telah mengadakan satu Ceramah Motivasi di sekolah pada 20 April 2012 atas jemputan Unit Bimbingan dan Kaunseling.  Murid yang mengikuti ceramah ini ialah murid Tingkatan 5.


Bengkel Peta Minda Visual

Bengkel Peta Minda Visual ini telah diadakan pada 18 April 2012 di dewan sekolah.  Murid yang terlibat merupakan murid Tingkatan 4.  Bengkeal ini bermula jam 8.30am hingga 12.00 tengah hari.  Bengkel ini berjalan dengan lancar.



Ceramah Kerjaya

Pada 12 April 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput pihak KLMU untuk menyampaikan Ceramah Kerjaya kepada murid Tingkatan 4.  Pihak KLMU telah memperkenal 10 kerjaya yang popular kepada murid.

Ceramah Gejala Rokok dan Dadah

Satu ceramah yang bertajuk Gejala Rokok dan Dadah telah disampaikan oleh En Mohd Hanuar bin Mohd Talib dari Vision Consultant Sdn Bhd.  Sasaran ceramah ini adalah murid Tingkatan 2.  Ceramah ini telah dilaksanakan pada 30 Mac 2012.



Ceramah Remaja Masa Kini

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjemput pihak LPPKN untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Remaja Masa Kini kepada murid Tingkatan 3 pada 22 Mac 2012.