Wednesday, June 17, 2020
Monday, June 15, 2020
Friday, June 12, 2020
Kemahiran Belajar
Kemahiran Belajar
1. Unit ini bertujuan untuk guru memahami kemahiran belajar yang harus dikembangkan di kalangan pelajar untuk pembelajaran masteri.
2. Rasional Kemahiran Belajar Perlu Diperkembangkan?
2.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumr hidup yang perlu dikuasai oleh pelajar.
2.2 Pada akhirnya pelajar perlu belajar atau mengulangkaji dengan sendiri untuk menguasai apa yang telah diajar
2.3 Oleh yang demikian, guru harus melatih pelajar dalam kemahiran belajar berikut semasa p&p:
i. Kemahiran dalam proses belajar3. Kemahiran-kemahiran Dalam Proses Belajar Yang Perlu Dikembangkan?
ii. Kemahiran menguruskan masa
iii. Kemahiran perpustakaan
iv. Kemahiran memperoleh maklumat
v. Kemahiran membaca
vi. Kemahiran membuat nota
vii. Kemahiran memotivasi
viii. Kemahiran berfikir
ix. Kemahiran mengingat
x. Kemahiran menjawab soalan peperiksaan
3.1 Pelajar harus tahu dan mengamalkan langkah belajar berikut semasa belajar:
i. Menerima dan mendaftar data atau maklumat:
a. Pelajar anda boleh menerima dan ‘mendaftar’ data atau meklumat di mindanya dengan membaca, mendengar atau membuat sesuatu.
b. Pembelajaran lebih berkesan sekiranya pelajar menggunakan ketiga-tiga cara itu.
ii. Memahami apa yang diterima:
a. Pelajar harus memahami data atau maklumat yang diterima kerana pemahamannya akan membantu proses meningkat dan proses mengaplikasi
b. Pemahaman bermakna pelajar anda boleh menerangkan semula data atau maklumat dan boleh juga berfikir secara kritis dan kreatif tentang maklumat itu.
iii. Mengingat apa yang telah dipelajari:
a. Pelajar harus mengingat apa yang telah dipelajari
b. Kemahiran mengingat akan dihuraikan di bawah dan pada asasnya prinsip dalam proses mengingat ialah ulangan.
iv. Mengaplikasi apa yang telah diperljari
a. Pelajar anda harus boleh mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang baru.
b. Proses mengaplikasi melibatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang
3.2 Dalam setiap langkah belajar tersebut di atas, pelajar harus
i. memberi penuh tumpuan, tekun dan tabah
ii. memotivasi diri
iii. mempunyai kemahiran berkomunikasi
iv. berfikir secara kritis dan kreatif
v. menggunakan kemahiran belajar lain yang akan dihuraikan di bawah.
3.3 Dalam pembelajaran masteri, pelajar harus boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar tersebut di atas dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengatasi kelemahannya.4. Kemahiran Mengurus Masa Yang Perlu Dikembangkan?
4.1 Pembelajaran masteri bergantung kepada masa yang diperlukan untuk belajar dan menguasai sesuatu.5. Kemahiran Perpustakaan Yang Perlu Dikembangkan?
4.2 Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding dengan pelajar cerdas.
4.3 Guru harus mengajar mereka menguruskan masa belajar dengan bijak.
4.4 Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah.
4.5 Jadual waktu belajar bolehlah mengandungi waktu untuk belajar setiap mata pelajaran, rehat, makan, bermain dan menonton TV.
4.6 Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk mata pelajaran itu.
5.1 Pelajar di Tahap Dua sekolah rendah dan ke atas harus diajar kemahiran perpustakaan.6. Kemahiran Memperoleh Maklumat Yang Perlu Dikembangkan?
5.2 Kemahiran perpustakaan akan membolehkan mereka mencari maklumat yang dikehendaki di perpustakaan sekolah atau perpustakaan negeri.
5.3 Kemahiran perpustakaan melibatkan pengetahuan sistem klasifikasi bahan rujukan dan peraturan perpustakaan, kemahiran dalam merujuk melalui kad katelog atau komputer, dan mendapat bahan rujukan daripada rak-rak.
5.4 Guru boleh mendapatkan bantuan guru perpustakaan untuk melatih pelajar anda.
6.1 Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, anda harus melatih pelajar menjadi pelajar berdikari supaya mereka mahir memperoleh maklumat atau menyelesaikan sesuatu masalah dengan sendiri.
6.2 Dalam kemahiran memperoleh maklumat, pelajar harus boleh:
i. menentu atau mempastikan maklumat yang dikehendaki:
Ini dapat dilakukan dengan berfikir sendiri, pembelajaran koperatif, sumbang saran atau bertanya.
ii. mengumpulkan maklumat itu:
Ini dapat dilakukan melalui kemahiran membaca, bertanya atau menggunakan multimedia atau internet.
iii. menganalisa, menilai dan menyusun maklumat iut:
Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.
iv. menyampaikan maklumat itu secara lisan atau bertulis:
Ini boleh dilakukan secara sendiri, berpasangan atau berkumpulan.7. Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan
7.1 Guru harus memastikan pelajar memperoleh kemahiran membaca kerana kemahiran itu merupakan kemahiran sseumur hidup.
7.2 Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting.
7.3 Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima lankah berikut (SQ3R):
i. Skim: Baca sepints lalu
Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki.
ii. Question: Menyoal
Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.
iii. Read: Membaca
Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama.
iv. Recite: Menyebut kembali
Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkanv. Review: Menyemak
8. Kemahiran Membuat Nota Yang Perlu DikembangkanUntuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.
8.1 Selalunya pelajar diminta menyalin nota yang diberi oleh guru tetapi mereka tidak diajar bagaimana membuat nota.
8.2 Guru harus melatih pelajar dalam kemahiran membuat nota kerana kemahiran ini merupakan kemahiran seumur hidup dan penting untuk menguasai sesuatu maklumat.
8.3 Kemahiran membuat nota mempastikan pelajar betul-betul memahami sesuatu maklumat dan ini dapat membantu mereka membuat ulang kaji dengan cepat serta mengingat maklumat itu.
8.4 Kemahiran membuat nota haruslah dibezakan daripada menyalinatau mencatat nota.
8.5 Menyalin nota bermakna pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru, atau yang dibuat oleh pelajar lain, atau yang terdapat dalam buku, majalah dan sebagainya.
8.6 Mencatan nota bermakna pelajar mencatat maklumat ringkas dan penting yang terdapat dalam ceramah, syarahan, buku, atau sumber lain.
8.7 Membuat nota bermakna pelajar membuat nota ringkas sendiri dalam pelbagai bentuk yang dihuraikan di bawah.
8.8 Langkah-langkah dalam kemahiran membuat nota ialah:
i. Memahami maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber.
ii. Memilih idea atau maklumat yang penting dan menyusunnya.
iii. Menulis atau merekod dalam komputer idea atau maklumat penting secara ringkas dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki dan menggunakan pelbagai warna jika perlu.
8.9 Semasa menulis nota ringkas, pelajar boleh menggunakan:
i. Perkataan atau frasa yang penting
ii. Singkatan: Misalnya: dgn = dengan, spt = seperti, U.K.=United Kingdom
iii. Simbol: Misalnya: * = penting, รน = jadi
iv. Nemoniks atau akronim: Misalnya: BaFIA = Baca, Faham, Ingat, Aplikasi
v. Lukisan atau lakaran
8.10 Pelajar boleh menggunakan mana-mana bentuk berikut untuk membuat nota:
i. Nota objektif: seperti yang ditulis dalam panduan ini tetapi lebih ringkas9. Kemahiran Memotivasi
ii. Jadual
iii. Carta aliran
iv. Gambar rajah Venn
v. Peta konsep dalam pelbagai bentuk seperti kelompok, awan dan kaitan, pokok dan ranting, tulang ikan, kipas, dan sotong.
9.1 Motivasi atau rangsangan adalah sangat penting untuk merangsang pelajar anda mempelajari atau membuat sesuatu sehingga mereka menguasai atau menyelesaikannya.
9.2 Guru haruslah merangsang pelajar anda kerapkali supaya motivasi mereka untuk belajar selalu berada pada tahap yang tinggi.
9.3 Guru boleh merangsang pelajar dengan dua cara am yang harus juga diketahui oleh mereka:
i. Motivasi Ekstrinsik:
Pelajar dirangsang oleh guru, ibu bapa, media massa
ii. Motivasi Instrinsik:
Pelajar merangsang diri.
9.3.1 Motivasi Ekstrinsik
i. Dalam merangsang secara ekstrinsik, guru boleh menggunakan dua kaedah berikut:
ii. Guru digalakkan menggunakan kaedah ganjaran kerana kaedah ini didapati membawa kesan yang lebih baik dan positif.
Kaedah ganjaran Kaedah hukuman
iii. Dalam kaedah ganjaran guru boleh menggunakan berbagai-bagai teknik yang dicadangkan di bawah secara kombinasi:
Memberi kasih sayang Memuji Memberi galakan Menghaomati Menanam minat Sedia membantu dan bekerjasama Sedia mendengar dan bersimpati Berhemah tinggi Menanam rasa yakin Menanam budaya rajin belajar, ingin mencari ilmu, minda inkuiri, membaca Memberi cabaran Memberi tugasan Yang boleh diselesaikan Memberi ganjaran atau hadiah Menggunakan unsur-unsur agama Menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat Menggunakan cerita atau kisah yang bertema moral Berfikir secara positif Memberi tanggungjawab tugas Memberi bimbingan dan kaunseling
iv. Guru juga digalakkan mencipta lain-lain teknik dibawah kaedah ganjaran.
v. Kadangkala guru terpaksa menggunakan hukuman dan teknik dalam kaedah ini termasuk:
vi. Sekiranya guru terpaksa menggunakan suatu teknik dalam kaedah hukuman, guru harus juga menggunakan teknik dalam kaedah ganjaran.
Tegas Tegur Disiplin Marah Denda
vii. Contohnya, sekiranya guru terpaksa marah seorang pelajar yang sudah banyak kali tidak membuat kerja rumah kerana malas, guru harus juga memberi sebab-sebab, memberi tugas atau tinggungjawab yang ringan, memuji dan memberi kasih sayang.
viii. Guru harus mengelak daripada menggunakan teknik berikut yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk atau negatif:
ix. Guru harus sentiasa sedar bahawa walaupun motif anda adalah untuk merangsang atau mendisiplinkan pelajar, guru mungkin boleh didakwa di mahkamah sekiranya guru mencederakan seseorang pelajar ataupun menggunakan dan menyebarkan pernyataan palsu yang memalukan atau menghampakan seseorang pelajar atau keluarganya.
Memaki Memalukan Menakutkan Mencederakan Dera Tidak mempeduli Mengkritik sifat perbadi Menghampakan
9.3.2 Motivasi Intrinsik
i. Guru harus mengajar pelajar kaedah atau teknik merangsangkan diri kerana kemahiran ini adalahkemahiran seumur hidup untuk merangsang mereka belajar atau bertindak bagi mencapai sesuatu.
ii. Pelajar boleh menggunakan dua kaedah berikut untuk merangsang diri:
Kaedah ganjaran Kaedah hukuman
iii. Dalam kaedah ganjaran, pelajar boleh menggunakan mana-mana teknik berikut secara kombinasi yang akan memberi kesan baik untuk merangsang diri:
Ingin mendapat kasih sayang, kepujian, penghormatan dan sebagainya daripada orang lain seperti guru, ibu bapa, rakan sebaya. Ingin menggembirakan hati guru, ibu bapa dan rakan-rakan Ingin mencapai cita-cita sebagai doktor, jurutera, peguam, juruterbang, atau pelajar terbaik. Berasa yakin Meminat diri Menggunakan unsur-unsur agama Menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat Mengamalkan nilai-nilai murni Tidak berputus asa Mencuba sehingga berjaya Sedia menghadapi cabaran Memberi ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri apabila sudah berjaya seperti menonton TV, membelanjakandiri atau orang lain, atau berkelah Menaakul dan meramal Berfikir secara kritis dan kreatif Bertanding dengan diri sendiri
iv. Guru juga menggalakkan pelajar mencipta dan menggunakan teknik lain yang berkesan untuk merangsang mereka.10. Kemahiran Mengingat Yang Perlu Dikembangkan
v. Dalam kaedah hukuman, pelajar boleh menggunakan mana-mana teknik berikut secara kombinasi:
Ingin mengelakkan daripada penderitaan, dera atau hukuman seperti marah, tegur, malu, denda, takut, atau dera. Mendenda atau menghukuman diri: misalnya tidak menonton TV atau mengurangkan masa untuk menonton TV.
10.1 Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar, ini tidak bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang.
10.2 Jadi, guru harus menentukan pelajar mempelajari kemahiran mengingat.
10.3 Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita ulangkaji lebih lama ingatan
10.4 Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji yang berbeza.
10.5 Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk:
i. Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda:
Berbagai-bagai peta konsep atau minda telah diterangkan.
ii. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn.
iii. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau lakaran.
iv. Membuat bayangan atau visual:
a. Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan.v. Menyebut berulang kali:
b. Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap.
a. Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan.vi. Menulis atau melakar semula:
b. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakandgn teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan sebagainya.
a. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat.vii. melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen:
b. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang telah disediakan.
a. sekiranya pelajar melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen, ingatan mereka lebih lama.viii. membuat kaitan:
b. Misalnya, pelajar yang melakukankerja amali atau eksperimen berkaitan dengan fotosintesis, ingatan mereka lebih lama
a. membuatan kaitan dengan cepat dan meluas akan membantu daya mengingat
b. nombor, perkataan, data, fakta atau meklumat boleh dikaitkan dengan akronim, nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau visual seperti gambar, peta konsep, atau carta.
c. misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar kita boleh mengaitkannya dengan akronim ‘BaFIA’ iaitu baca, faham, ingat, dan aplikasi.
10.6 Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di atas secara berasingan atau kombinasi.
10.7 Yang penting ialah pelajar harus mengulang kaji berkali-kali.11. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Yang Perlu Dikembangkan
11.1 Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar anda mendapat markah yang lebih tinggi.
11.2 Guru harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun yang lepas untuk mengetahui:
i. Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format dan peraturan menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan.
ii. Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan
iii. Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu.
iv. Fakta, konsep, kemahrian berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji.
11.3 Guru harus melatih pelajar sepanjang tahun dalam teknik menjawab soalan peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk menjawab soalan peperiksaan awam.
11.4 Dalam proses melatih pelajar:
i. Guru harus membimbingan pelajar dalam cara menjawab soalan peperiksaan dengan contoh-contoh yang sesuai.
ii. Kemudian, guru harus memberi banyak latihan sehingga pelajar mahir menjawab soalan peperiksaan.
11.5 Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk objektif, subjektif atau kedua-duanya.
11.6 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif, guru harus menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberi
v. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu.
vii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya.
viii. pilih jawapan daripada pilihan beraneka
ix. tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang betul
x. semak semua jawapan
11.7 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif atau esei guru harus menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik12. Rumusan
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan.
v. pilih soalan-soalan yang mudah dahulu.
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu
vii. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
viii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya
ix. rancang jawapan (3-5 min) sebelum menjawab.
x. tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca
xi. semak semua jawapan.
12.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar oleh anda.
12.2 Guru harus melatih pelajar dalam demahiran belajar berikut:
i. Kemahiran dalam proses belajar:
Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi
ii. Kemahiran menguruskan masa:
Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.
iii. Kemahiran perpustakaan:
Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki.
iv. Kemahiran meperoleh maklumat:
Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat analisa, dan menyampaikan maklumat.
v. Kemahiran membaca:
SQ3R (Skim, Question, Read, Recite, Review): Baca sepintas lalu, menyoal, membaca, menyebut semula, menyemak.
vi. Kemahiran membuat nota:
Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting,singkatan, simbol,nemoniks, akronim, lukisan atau lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif,jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta konsep atau minda.
vii. Kemihiran memotivasi:
Dengan cara ekstrinsik di mana pelajar dirangsang oleh anda dengan ganjaran atau hukumandancara intrinsik di mana pelajar merangsang diri dengan ganjaran atau hukum.
viii. Kemahiran mengingat:
Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali, membuat gerakan, kerja amali, eksperimen dan dengan membuat kaitan atau bayangan.
ix. Kemahran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.
12.3 Guru harus mengembangkan kemahiran belajar itu semasa p&p.
Sekian. Terima Kasih
Subscribe to:
Posts (Atom)