Friday, June 5, 2020

Sikap Positif




Sikap Positif Akan Membuat Anda Bahagia
1. Bebaskan Rasa Kuatir dan Ketakutan

Ketakutan dan kekuatiran hanyalah imaginasi fikiran akan suatu kejadian di masa depan yang blum tentu terjadi, kebanyakan hal-hal yang anda kuatirkan dan takutkan tak pernah terjadi! It ‘s all only in your mind.

2. Buanglah Dendam

Dendam dan amarah yang disimpan hanya akan menyedut tenaga diri anda dan hanya mendatangkan keletihan jiwa, BUANGLAH!!

3. Berhentilah Mengeluh

Mengeluh bererti selalu tak menerima apa yang ada saat ini, secara tak sedar anda membawa-bawa beban negatif.

4. Bila Ada Masalah, Selesaikan Satu Persatu

Hanya inilah cara menangani setiap persoalan satu demi satu.

5. Tidurlah dengan Nyenyak

Semua masalah tak perlu dibawa semasa tidur. Hal tersebut buruk dan tidak sihat, biasakanlah tidur dengan selesa.

6. Jauhi Hal Orang Lain

Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka mempunyai cara sendiri untuk menangani setiap masalahnya.

7. Hiduplah Pada Saat ini, Bukan Masa Lalu

Nikmati masa lalu sebagai kenangan, Jangan bergantung padanya. Konsentrasilah hidupmu pada kejadian ketika ini, kerana apa yang anda miliki adalah saat ini, bukan semalam, bukan esok. “Be totally present!”

8. Jadilah Pendengar yang Baik

Saat menjadi pendengar, anda belajar dan mendapatkan idea-idea baru yang berbeza dari org lain.

9. Berfikirlah Secara Positif

Rasa kecewa datang dari fikiran negatif. Kembalilah berfikir positif. Bertemanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif dan terlibatlah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.

10. Sentiasa Bersyukur

Bersyukurlah atas hal-hal kecil yang akan membawa anda kepada perkara-perkara yang lebih besar. Sekecil apapun kurniaan yang anda terima, akan menghasilkan hal-hal besar dan selalu membawa anda kepada kebahagiaan apabila anda bersyukur.

0 si comel comments: